yes. pasal
maid. tak pun nama glamour
orang gaji.
rumah kita tak la besar mana. tak ada budak kecik jugak yang nak buat sepah tapi when it comes to musim selamat hari raya maaf zahir batin ni, tak cukup tangan nak mengemas lagi, nak buat kuih raya lagi, mak kita nak kerja lagi, kita nak buat kerja sendiri tengok movie qada tv series lagi. macam macam hal kan. oleh itu, my parents will hire a maid on hourly basis. duluuu, we used to have maid.bertukar tukar after one another. ya la, nak jaga abang kita yang suka nangis takut kilat petir tu, nak jaga kita yang comel duduk diam diam minum susu je keja tu (eh!) jadi memang dulu ada orang gaji duduk kat rumah. sebab mak bapak kerja shift, jadi susah la kan. tapi after banyak hal hal yang terjadi, maka pengambilan orang gaji telah dihentikan. :( eh sebenarnya tak sedih pun. okayy je sebab orang gaji yang jaga kita sejak lahir tu suka cakap lembu tu kawan kita. siap ada lagu lagi. sigh. apa lah nasib aku kecik kecik dah berkawan dengan lembu. nasib muka aku pun tak jadi macam lembu. orang gaji yang lepas tu pulak, siap ada boyfriend, pagi pagi dia nk jumpa boyfriend dia, siap kejut kami dua beradik bangun ikut dia tp kami kena pergi kutip bunga tahi ayam kt rumah jiran, dia elok dok berdating, how dare you.
so after years, hidup berdikari dah pandai jaga diri sendiri, berbekalkan kunci pendua, masuk rumah kunci pintu, dok senyap sampai mak bapak balik, dari situ tiada org gaji di hire lagi. sampai la ke hari ini. berbalik kepada cerita asal di mana maid yg di hire on hourly basis tu, so today, she came. 12.45 sharp for 5 hours. her name is Siti. aku dah agak nama mesti nak sama dengan aku dalam apa jua cara sekalipun. =_=' from Jawa Timur katanya. umur 45 tahun, muda sikit je dari mummy kita. okay cukup ah cerita peribadi dia. so dia datang dengan semangatnya terus nak buat kerja. selepas di assigned tugas tugas berkaitan, dia pun buat la kerja dia. memang tip top la. kerja very the teliti. lap cermin silap silap boleh benjol kepala kita tak perasan ada cermin (you know what i mean) energy diaa Subhanallah. if I were to do everything she did, esok dah boleh kot baca talkin.
sambil dia buat kerja, mummy ajak la dia sembang.. u know just to make her feel comfortable. mum asked
"Siti puasa tak?" she nodded. (sometimes, tak semua orang gaji indon ni Islam ye. bukan sesuka hati lempar soalan sebegitu) mum asked again
"lepas ni ada rumah lagi ke nak dicuci?" she said
"ada kak. tadi majikan udah talifon kasitahu lepas ni ada lagi rumah yang perlu dicuci." (we heard that, sebab majikan dia telefon masa dia tengah cuci cermin tu.) "selalunya Siti pulang ke rumah jam berapa? berapa majikan bagi kalau kerja sampai malam?" "selalunya jam 11.30 baru sampai rumah. majikan bagi lebih RM 10 kalau kerja malam." and i wasss likee, hey bila dia nak rehat.dah la dr pagi buat kerja. then our house for 5 hours, malam kerja lg, esok pagi pergi cuci lagi and you know kan kalau kerja guna tenaga 100% ni memang penat! and again mum asked
"jadi Siti buka puasa selalu macam mana?" "tengoklah kadang customer bagi, kadang tak ada, kadang kadang Siti beli. majikan bagi RM 3.00 untuk makanan." haaa? 3 ringgit bleh beli apa? and guess what gaji dia RM 600. bukan ke kalau orang gaji ni minimum gaji yang dah dipersetujui is RM 700. and that majikan of her charged us RM 60 for 5 hours. just calculate. tengok berapa banyak he earned from one maid. and he got five of them. semua masuk poket weh. serious sedih la tengok keadaan macam tu. the way she did all the tasks given to her, it was so good. betul betul buat kerja, tak la nak mengelat, orang tak pantau, dia main buat ikut suka, NO. memang puas hati. dia cakap dia sakit tangan, dah tak larat nak cuci lagi untuk malam ni tapi kalau dia bagitau the customer, dia akan kena marah. kesian la. haih.
memang, we heard a lot of news pasal orang gaji yang jahat, tak jujur etc. tapi to find someone like her, susah. like ifwat said,
"this is what we called hard earned money" . bila dah 5.45 supposed majikan dia dah datang ambil dia but tak datang lagi. but dia still buat kerja. basuh kuali, siram pokok, buang sampah, kutip baju etc. kerja yang tak suruh dia buat pun! bila parents larang, she said
"enggak boleh. tak apa Siti buat" and we said tak apa Siti, duduk la rehat, malam ada kerja lagi. letak kerusi suruh dia duduk tapi dia duduk atas lantai je. aaa sedih. dia bagitau sebulan sehari je dia dapat cuti and tak pernah dalam sehari pun dia tak ada kerja, meaning tak pergi cuci mana mana rumah. everyday ada. bila majikan dia datang, we gave her bekal untuk berbuka puasa. she was so happy. entah la penat macam mana dia rasa, we just dont know how it feels. kudrat dia, tenaga dia, untuk sesuap nasi.
sedikit sebanyak, insaf la jugak. orang susah payah cari duit. bersyukur la dengan apa yang kita ada. always say Alhamdulillah. :')